~friendz 4ever~

~friendz 4ever~

Saturday 24 March 2012

~ WANITA ~

Tiada siapapun dalam dunia ini boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi  kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
2. dan Taat kepada suami…

Jom kita kaji tentang 2 syarat yang diperlukan..! ^_^

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat.
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
- Berbuat baik kepada ibu & bapa.
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga..

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami.
- Sentiasa menyenangkan suami.
- Menjaga kehormatan diri dan harta suami selama suami tiada di rumah.
- Tidak bermasam muka di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
- Tidak membantah suami dalam kebenaran.
- Tidak menerima tamu yang dibenci suami.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga..

Ha…itu kalau nak jadi wanita solehah..  tapi kita juga perlu tahu  beberapa faktor yang boleh merendahkan martabat seorang wanita itu sendiri.
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukan faktor luaran, ataupun  berbentuk material seperti  yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Antara faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
Berkait rapat dengan iman yang lemah. Apabila pegangan dalaman lemah, mudahlah kita mengikut kata hati yang telah dibisikkan oleh syaitan.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sikap menunjuk ini sememangnya banyak. Jika seorang wanita itu memiliki salah satu dari sifat ini dinasihatkan kepada lelaki untuk tidak mengambilnya sebagai isteri. Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; dan perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah. =)

p/s : renungan untuk diri sendiri dan sesama Muslimah yang lain..selamat beramal!heee…^_^


1, 2 ,3

salam..
testing3!!
MY NEW BLOG...

just for variety...