~friendz 4ever~

~friendz 4ever~

Saturday 21 April 2012

bosan sgt3 la mlm nie..layan jp lagu2 yg menyentuh sentimental nie. layaaannnn...~_~


lagu nie special sgt2.. sbb ade seseorang yg bg lagu nie.. xbosan bile aku dgr sorg2...hehe <3


and this song for someone special in my life..i miss him so much! <3

Dreams come true..



Come with me, and we will fly together,
to a place, where we can love forever,

Take my hand, and we will see tomorrow,
only joy, and no more tears or sorrow,

A love I never knew, until I found you,
I promise that I do, believe that dreams come true.

Miracles will be, look at you and me,
heaven helped us to, believe that dreams come true.

Instrumental Break

In this moment, filled with deep emotion
hold me tight, you'll feel my true devotion.

A love I never knew, until I found you,
I promise that I do, believe that dreams come true.

Miracles will be, look at you and me,
heaven helped us to, believe that dreams come true,
believe that dreams come true.



Friday 20 April 2012

Membina Sikap Positif


 Petua-petua Membina Sikap Positif 

1 : Jangkakan Kejayaan

2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

3 : Ubah Penampilan Diri

4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

8 : Saranan Diri Positif

9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

10 : Dapatkan Model Ikutan

(Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D)


p/s : Bila korang jadi orang yang selalu optimistis dan berfiikiran positif, semangat hidup tak akan mudah hilang saat mendengar berita buruk... =)


Saturday 14 April 2012

*r.i.n.d.u*

Kerinduan ini sering melemparkan kita..

jauh ke relung alpa diri..

sedang hati kecil ini malu terguris..

perlahan darah luka menitis..

kemudian mata ini mulai menangis..

sesungguhnya, aku rindu pada-Mu..

tapi...

apalah daya ku..

seorang wanita yang terlalu egois..!

Sunday 8 April 2012

Usah bersedih

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.
 Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup. 
Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.
Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.
Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.



*Tentu kau ingat akan kesedihan Baginda ditinggalkan oleh isteri kesayangan Baginda dan juga bapa saudaranya yang tercinta buat selama-lamanya? Juga tidak mungkin kau terlupa akan pemulauan dan ejekan keluarga dan kaum Baginda terhadap Baginda sendiri. Pujukilah hatimu dengan kalimah-kalimah yang menggembirakan hatimu. Sepertimana kau juga memberikan semangat semula kepada mereka yang bersedih di sekelilingmu.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah..

Sesungguhnya tidak datang kesedihan itu melainkan suatu ujian bagimu.. :)


Friday 6 April 2012

Cinta Jarak Jauh

Setiap orang berhak bercinta dan dicintai, dan setiap orang juga berhak untuk mendapatkan cinta yang terbaik untuk dirinya sendiri. Begitu juga dengan saya, yang inginkan segalanya “perfect” dari semua sudut. Nak mendapatkan cinta itu susah, apa lagi nak mengekalkan rasa cinta itu, lagi la susah.. cinta jarak jauh..boleh percaya ke?? Yes! Saya percaya, sebab saya sedang mengalaminya sekarang ini.. hehehe… walau macammana pun kita bercinta dan menjalin hubungan dengan seseorang, pasti tidak lari dari menghadapi dugaan kan? Ape yang penting adalah kesabaran dalam menghadapi dugaan bersama- sama. Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing perlu mainkan peranan.  Bersama-sama pertahankan cinta yang dibina. 
Ketika sang adam tengah sedih, atau macam ada yang tak kena, sang hawa kenalah rajin bertanya, ada masalah ke tak. Begitulah sebaliknya, tapi sila ambil serius la kalau nampak perubahan pada dia kerana dia mungkin benar-benar perlukan seseorang disisinya untuk meluahkan  rasa.  Jadi persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh? 

Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap
o Buat appointment dengan Dia seawal yang mungkin. Yelah mungkin pasangan korang seorang yang busy memanjang, even weekand pun busy jugak.. plan la awal-awal... Tanya pada pasangan sama ada dia free atau tak pada masa tu.  Jadi selagi ada kudrat, ada masa, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan walaupun seketika. Tapi  jangan pulak korang sentap atau mengeluh sekiranya tidak dapat berjumpa lagi. Mungkin ada hikmah disebaliknya  yang kita tak tahu. 


Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.
o Kebanyakan hubungan jarak jauh tidak kekal disebabkan rasa “insecurity” pada diri kita sendiri. Kadang-kadang kita sendiri pun boleh berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan kita. Jadi, korang haruslah menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri korang dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan. Ingat kan pada diri korang, yang korang dah ada dia dan belajarlah untuk menjadi seorang yang setia.


Luahkan perasaan padanya.
o Kalau dekat-dekat mungkin malu untuk meluahkan apa yang terpendam, so inilah masanya untuk rapat dengan pasangan. Walaupun berada jauh, kata- kata indah yang diluahkan boleh dijadikan penawar dan pengubat rindu.. kalau nak lebih tradisional cam orang zaman dulu-dulu hantarlah surat, mungkin lebih romantic kan..haha..beritahu bagaimana perasaan korang dan luahkan apa yang terpendam.
Mempercayai satu sama lain
o Sifat saling mempercayai perlu ada dalam setiap perhubungan. Tak guna bertunjangkan cemburu buta dan mebuat tuduhan melulu dalam hubungan jarak jauh, kerana ianya akan merosakkan lagi hubungan korang. Daripada merungut tentang kesukaran bilaberjauhan, lebih baik mulakan perbualan dengan bertanya khabar dan maintain positif agar korang dan pasangan tak bosan walaupun berjauhan..

Kesimpulannya, bukan jarak jauh yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan yang selalu jadi factor penyebab. Tak ada apa yang perlu diragukan sekiranya masing-masing komited sesame sendiri dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan. Sekadar perkongsian bersama. Semoga Berjaya.. =)




Tuesday 3 April 2012

 Assalamualaikum,

Kehadapan bakal suamiku yang aku sayangi,

Jgn dibimbangkan tentang cinta ini, kerana aku akn mencintaimu dengan penuh kasih sayang, kerana aku percaya bahawa Allah itu menciptakan yang terbaik untukku... Aku juga akan menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu, dan kuharapkan bahawa dikau pun begitu dapat menerima diriku seadanya.... Sayang, aku tahu bahawa dikau seorang yg kacak, romantik, dan dapat membimbingku menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah..InsyaAllah...

Bakal Suamiku,
Sungguh, aku tahu dikau mempunyai ramai peminat.... hehehe.... tp jgn dikau bimbang kerana aku percaya semua ketentuan Allah ada hikmahnya... sebagaimana Nabi Yusuf.... walaupun ramai yang meminatinya kerana kekacakan, dan kecerdikan yg dimilikinya namun cinta Zulaikha tetap untuk Yusuf..... Bakal suamiku, Tidak kuharapkan kemewahan menghiasi hidupku, yang ku impikan adalah kesederhanaan dalam hidup, dan keredhaan dari yang Maha Esa... sayang, aku tidak sehebat Siti Hajar dan setianya Zulaikha, banyak kekurangan yang wujud dalam diri ini, kuharapkan dikau sanggup bersama denganku dan menerima segala kekurangan diriku.....

Bakal Suamiku,
Aku akan cuba sedaya upayaku untuk mnjadi isteri yang solehah untukmu, aku akan menjadi penyejuk matamu, penawar hatimu, menjadi isterimu, sahabatmu, dan membantumu di setiap permasalahan yang dihadapi olehmu.... Aku juga akan menghiburkanmu dikala dirimu kesunyian, menghantar kedamaian ke dalam segenap hatimu...... kuharapkn dikau sudi berkongsi segalanya denganku.... semoga kasih sayang kita akan mendapat redha dari Illahi... insyaAllah.....

Sekiranya nanti wujud permasalahan antara kita, aku harapkan kita akan dpt berbincang dari hati ke hati.... Menyelesaikan masalah tanpa ada campur tangan org lain... jangan la selalu mendiamkan saja masalah yang wujud tu... tapi berkongsilah masalah bersama...at least dapat juga kurangkan rasa sakit hati....

Akhir kata, Salam sayang untuk Bakal Suamiku, Semoga kita cpat dpertemukan Jodoh, dan di Ijabkabulkan.... Aminn......  
                                                                                                                                               
 Yang ikhlas menantimu,                                                                                                                                                    
~Bakal Isterimu~