~friendz 4ever~

~friendz 4ever~

Saturday 22 September 2012

Tips Berurusan Dengan Lelaki


salam sume..^_^ bosan2 mcm nie, ttiba terbaca plak stu blog tntg tips2 untk berurusan dgn lelaki  nie...
jom baca!

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.

1.    Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2.   Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.  Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

 “Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?

3. Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat…

Sumber: Halaqah.net



dari: http://akuislam.com/blog/doa/tips-berurusan-dengan-lelaki/#ixzz27G3iJiae

Tuesday 11 September 2012

Happy 21rst Birthday!

hehe..semoga dgn pertambahan umur ini menjadikan aku seorang yg lebih matang dan........sume lah! :p
n thankz pada sume kwn yg ucapkan "selamat hari lahir" pada aku..btw,itu pn dh ckup bg aku.. =)



 happy 21st birthday!





skali mkn mlm.. kuew tiaw ni nmpk menyelerakan kan? jd lapar plak..haha

manje2 ngn kak hanisz.. senior dlm uma aku nie..hihi




alhamdulillah.. kenyang suda.. tggal sparuh, bwk balik..=)

n start kuliah isnin 2, jadual pack giler! dh mcm zman skola plak.. class direct smpi mlm.. huh! mmg taf habes la bile msuk tahun 3 nie.. bz.. mcm2 kne pk, sbject pn hard2.. mujur la i'm single n available.. xde la nk pk gewe2 la ape la..kan2? haha.. so tggungjwab sbgi seorang student mmg berat.. apelagi aku ank 1rst, mmg mnjadi harapan sgguh la pd family.. ape2 pn, gud luck untk perjuangan baru ni! n selamat blajar ea sume! =)




Saturday 8 September 2012

Tips Cepatkan Jodoh



Memang benar, jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah, tetapi berusahalah untuk mencari dan menjejaki calon pasangan anda. Dato' Ustazah Soto Nor Bahyah Mahmood berkongsi tip-tip untuk mempercepatkan jodoh :



1. Berdoa selepas solat lima waktu.
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat 5 waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

"Ketika sy di tingkatan satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan terkandung di dalamnya", beliau berkongsi amalannya.

2.Berdoa pada waktu tengah malam.
Menurutnya Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadith bahawa berdoa pada waktu tengah malam (qiamullail) yang mana Allah mustajabkan doa samada hajat di dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutamanya dalam soal jodoh dimustajabkan.


3.Doa ibu bapa.
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.

4.Puasa pada hari jadi
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan dikabulkan ALlah.

5. Solat sunat taubat.
Beliau menyarankan agar melakukan solat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang.

"Kita mahu Allah tunaikan hajat kita tetapi dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon sesuatu hajat", katanya.

6.Pohon restu ibu bapa.
Tanyalah ibubapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengaku menerima kiriman surat daripada beberapa lelaki termasuk suaminya sndiri, Ustaz Wan Akashah dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di dalam hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut", imbaunya.

Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengitimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata surat yang dikirimkan itu berjaya menyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin.

Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.

7. Amalkan doa-doa pilihan.
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat 4 untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik. Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam surah al-Qasas ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya hingga kini.

"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat", katanya.

8.Solat hajat.
Jika semuanya sudah diamalkan maka langkah terakhir ialah melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya.

Kita sebagai umat manusia hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah yang akan menentukan segalanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca suarah Yunus ayat 81 untuk membatalkn sihir dan ilmu hitam.




Friday 7 September 2012

BERCINTA KERANA ALLAH vs BERCINTA KERANA NAFSU




Cinta itu adalah fitrah bagi kita sebagai manusia...
Perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu adalah normal...
Akan tetapi...
Persoalannya...
Adakah cinta kita itu berlandaskan ajaran Islam?
Adakah kita benar2 saling menyintai kerana ALLAH SWT?
Ya... Seharusnya begitu...
Tidak seharusnya ikatan cinta yang suci itu dicemari oleh perkara2 kemungkaran yang membuatkan kita terpesong jauh dari nilai akhlak dan akidah Islamiah...
Tidak seharusnya kita sebagai manusia yang sedang bercinta sanggup mengadaikan agama, maruah, wang, harta dan harga diri demi cinta...

CINTA...?
Cinta yang tulus lagi ikhlas seharusnya datang dari hati nurani yang bersih...
Tidak seharusnya cinta itu dicemari...
Cinta umpama mawar putih...
Putih itu suci dan bersih...
Ya, cinta yang sejati ialah cinta yang suci dan bersih dari dinodai nafsu duniawi (duit, harta benda dan nafsu seks).

Cinta itu tak seharusnya buta...
Cinta itu sepatutnya celik...
Ya... Celik dalam menilai dan membuat keputusan...
Cinta juga tidak seharusnya dicemari dengan perkara2 yang pelik...
Cinta tidak menghalalkan anda untuk melakukan apa sahaja...
Jangan sesekali pernah "berkorban" atau "terkorban" demi cinta kerana nafsu...

Jangan pernah lakukan perkara ini demi cinta:-
# Jangan sesekali meninggalkan Islam demi cinta...
# Jangan sesekali melakukan perbuatan yang memesongkan akhlak dan akidah demi cinta...
# Jangan sesekali menggadaikan harta benda dan wang demi cinta...
# Jangan sesekali menggadaikan harga diri dan maruah demi cinta...
# Jangan sesekali membelakangkan ALLAH SWT, agamamu dan keluargamu demi cinta...

Jika kamu tetap jua utuh berdegil melakukan perkara ini...
Kelak badan dan jiwa akan merana dan sengsara...
Maka kamu tanggunglah sendiri akibatnya...

Cinta yang suci itu adalah:-
* Cinta yang sentiasa mengajak kamu melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran...
* Saling nasihat menasihati, menegur mana yang kurang atau kesilapan masing2...
* Saling membantu...
* Saling memberi semangat, bimbingan dan nasihat ke arah kebaikan...

Jadi...?
Adakah cinta kamu kepada pasangan benar2 kerana ALLAH SWT...?
Sama2lah kita renungi kembali kekhilafan diri...

... Cintalah kerana ALLAH SWT ...
> Seseorang yang benar2 mencintaimu akan sentiasa membantumu bila kamu memerlukannya, akan sentiasa menasihatimu bila kamu keliru...
> Seseorang yang mencintaimu tidak akan sesekali mengajak kamu melakukan perkara kemungkaran...
> Malah jika dia benar2 mencintaimu dia akan menerima dirimu seadanya dan dia juga akan sentiasa membimbingmu dam melindungi kamu dari segala mara bahaya dan perkara2 yang menyesatkan...




Berpisah Jua-Ziana Zain


=)