~friendz 4ever~

~friendz 4ever~

Friday 16 November 2012

Jangan jadi bodoh



Jangan jadi bodoh kerana cinta. Cinta ada dimana-mana sahaja. Memang sakit hati kalau terluka, memang susah nak lupakan cinta. Lagi-lagi cinta pertama. jadi, Jangan jadi bodoh kerana cinta!


Lelaki bangsat dan perempuan bangang terlalu ramai diluar sana. Kita cuma perlu hati-hati semasa mencari cinta. Cinta perlu juga dicari, ia takkan datang sendiri. Jika datang sendiri masuk dalam kotak, kunci. Letak dalam hutan. Then tengok ada tak Tarzan yang tolong buka kotak tu, kalau perempuan la dalam kotak tu.. insyaallah mesti ada. 

Cuma, dalam pencarian cinta ini. Terlalu pelik, semakin dicari ia jadi semakin susah. Biarkan ia datang sendiri tapi hati perlu dibuka untuk itu. Dan kalau gagal, silalah bersedia untuk terluka sekali lagi. 

Tapi, jangan jadi bodoh macam berita hari ini. contoh kebodohan dalam bercinta, sanggup buat apa sahaja demi cinta, sampai2 lari dari rumah ikut kekasih dan gadaikan maruah diri kepada seorang lelaki ajnabi yang kita sendiri xtahu asal usul dia! nauzubillah! cinta zaman skrg, cinta muka buku.. baru ayat sikit dah cair.. ayat lelaki, memang la, lelaki ni Tuhan kurniakan mereka2 ni pandai berbicara, berkata2..pandai juga tanam tebu kt tepi bibir perempuan..perempuan pulak mudah berlembut hati.. sbb tu kita perlu pandai untuk jadi seorang penyiasat pada siapa yang akan menjadi suami kita kelak..ingat! xsemua lelaki boleh dipercayai!


kadang2 Allah sengaja pertemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,dan masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-Nya..supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH...supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

dan kalau wujud la lelaki menangis kerana perempuan yang dia sayang , mungkin peratusnya sikit dan lebih baik lah ,kita mempunyai kekasih yang menangis kerana Allah , kerana Nabi Muhammad saw dan kerana ibubapanya.. and its better right?? 
jadi berdoalah dari sekarang agar diberikan seorang suami dan anak-anak yang baik dan soleh, serta mampu untk menjadi khalifah diatas muka bumi ini.. Insyaallah! =)



... YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA MEMINANGKU DAN MENGAHWINIKU SERTA JADIKAN DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA.”


Monday 12 November 2012

Sahabat yang Baik



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.. =)

Prev: Falsafah Islam Dalam Menghadapi Penyakit

Tuesday 6 November 2012

Sabarlah dalam Bersabar


Sabarlah dalam Bersabar

Mungkin kita boleh mengambil pedoman daripada Umar bin al-Khattab RA. Dalam satu athar diriwayatkan bahawa Umar berkata: Setiap kali aku ditimpa musibah, aku berfikir empat perkara, dengan demikian jiwaku akan merasa tenang, iaitu:

Pertama: aku berfikir siapakah yang memberikan aku musibah ini? Dia adalah Allah. Maka dengan segera jiwaku menjadi tenang.

Kedua: aku berfikir bahawa Allah mampu menimpakan kepadaku musibah yang lebih besar daripada yang kuhadapi, dan Allah hanya memberikanku setakat ini sahaja, lantas aku memuji Allah atas musibah yang sedikit ini.

Ketiga: aku selalu ingat sabda Rasulullah bermaksud:
Tidaklah seorang mukmin terkena satu duri dan yang lebih besar daripada itu kecuali Allah mengangkatnya satu darjat atau menghapuskan daripadanya satu dosa. (Daripada ‘Aisyah, Riwayat Muslim)

Keempat: aku berfikir bahawa musibah yang terjadi adalah di dunia dan bukannya di akhirat.

sama2 lah kita muhasabah diri kita..
Mungkin terkadang, kita rasa kitalah manusia yang paling susah. Tetapi sebenarnya, waktu itu Allah Ta'ala nak beritahu kita, bahawa ada lagi manusia yang lebih susah dari kita sebenarnya. Jadi, belajarlah untuk hidup susah, supaya kita menjadi orang kuat dan sentiasa bersabar tika diberikan ujian..=)