~friendz 4ever~

~friendz 4ever~

Friday 6 April 2012

Cinta Jarak Jauh

Setiap orang berhak bercinta dan dicintai, dan setiap orang juga berhak untuk mendapatkan cinta yang terbaik untuk dirinya sendiri. Begitu juga dengan saya, yang inginkan segalanya “perfect” dari semua sudut. Nak mendapatkan cinta itu susah, apa lagi nak mengekalkan rasa cinta itu, lagi la susah.. cinta jarak jauh..boleh percaya ke?? Yes! Saya percaya, sebab saya sedang mengalaminya sekarang ini.. hehehe… walau macammana pun kita bercinta dan menjalin hubungan dengan seseorang, pasti tidak lari dari menghadapi dugaan kan? Ape yang penting adalah kesabaran dalam menghadapi dugaan bersama- sama. Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing perlu mainkan peranan.  Bersama-sama pertahankan cinta yang dibina. 
Ketika sang adam tengah sedih, atau macam ada yang tak kena, sang hawa kenalah rajin bertanya, ada masalah ke tak. Begitulah sebaliknya, tapi sila ambil serius la kalau nampak perubahan pada dia kerana dia mungkin benar-benar perlukan seseorang disisinya untuk meluahkan  rasa.  Jadi persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh? 

Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap
o Buat appointment dengan Dia seawal yang mungkin. Yelah mungkin pasangan korang seorang yang busy memanjang, even weekand pun busy jugak.. plan la awal-awal... Tanya pada pasangan sama ada dia free atau tak pada masa tu.  Jadi selagi ada kudrat, ada masa, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan walaupun seketika. Tapi  jangan pulak korang sentap atau mengeluh sekiranya tidak dapat berjumpa lagi. Mungkin ada hikmah disebaliknya  yang kita tak tahu. 


Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.
o Kebanyakan hubungan jarak jauh tidak kekal disebabkan rasa “insecurity” pada diri kita sendiri. Kadang-kadang kita sendiri pun boleh berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan kita. Jadi, korang haruslah menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri korang dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan. Ingat kan pada diri korang, yang korang dah ada dia dan belajarlah untuk menjadi seorang yang setia.


Luahkan perasaan padanya.
o Kalau dekat-dekat mungkin malu untuk meluahkan apa yang terpendam, so inilah masanya untuk rapat dengan pasangan. Walaupun berada jauh, kata- kata indah yang diluahkan boleh dijadikan penawar dan pengubat rindu.. kalau nak lebih tradisional cam orang zaman dulu-dulu hantarlah surat, mungkin lebih romantic kan..haha..beritahu bagaimana perasaan korang dan luahkan apa yang terpendam.
Mempercayai satu sama lain
o Sifat saling mempercayai perlu ada dalam setiap perhubungan. Tak guna bertunjangkan cemburu buta dan mebuat tuduhan melulu dalam hubungan jarak jauh, kerana ianya akan merosakkan lagi hubungan korang. Daripada merungut tentang kesukaran bilaberjauhan, lebih baik mulakan perbualan dengan bertanya khabar dan maintain positif agar korang dan pasangan tak bosan walaupun berjauhan..

Kesimpulannya, bukan jarak jauh yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan yang selalu jadi factor penyebab. Tak ada apa yang perlu diragukan sekiranya masing-masing komited sesame sendiri dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan. Sekadar perkongsian bersama. Semoga Berjaya.. =)




No comments:

Post a Comment