~friendz 4ever~

~friendz 4ever~

Sunday 6 May 2012

Cara meningkatkan Harga Diri


Belajar untuk selalu menghargai diri sendiri. walaupun terkadang orang lain memandang diri anda rendah tetapi tetapkan keyakinan anda bahwa andalah yang berhak atas hidup anda dan andalah yang paling mengerti siapa diri anda.

Belajar untuk menyukai diri sendiri. Menyukai diri sendiri bererti menerima diri apa adanya. dan belajar untuk mengembangkan potensi yang dimiliki. Lihat sisi positif dari diri anda, dan yang paling penting adalah bersyukur untuk segala yang kita miliki.

Miliki gambar diri yang positif.  Hal ini berhubungan dengan penerimaan diri.  Gambar diri adalah cara pandangan  anda terhadap diri anda sendiri. yakinkan diri anda sekiranya anda layak untuk berjaya, anda pantas untuk dicintai dan dihargai, dan anda memiliki peribadi yang special. Ingatlah bahawa gambar diri anda mmpengaruhi perilaku anda.

Lakukan apa yang anda anggap penting. walaupun anda merasa anda tidak mampu kerana anda malu dan takut, paksa diri anda untuk melalui proses itu. Percayalah ternyata diri anda mampu untuk melakukannya. 

Belajar untuk hidup berdikari dan tidak bergantung dengan orang lain, sehingga anda tidak rentan terhadap penolakan.

Jangan menghubungkan harga diri anda dengan kegagalan atau kesalahan yang anda lakukan. Tetapi tanamkan pada diri anda untuk tidak menyerah pada keadaan.

Miliki konsep diri yang benar tentang harga diri, bahwa harga diri berasal dari dalam bukan dari luaran. Bukan juga terletak pada benda  yang kita perolehi,tetapi  kejayaan yang kita peroleh adalah daripada usaha sendiri.

Hargai diri sendiri, jangan tolak pujian sederhana yang dikatakan orang mengenai kita. Terima itu dan berpikir lebih maju lagi. Hati-hati bila anda berkata seperti “aku memang bodoh”, ” aku memang tak boleh”, “alah ini cuma mimpi , tak mungkin jadi nyata”. kata2 beracun ini akan merosak harga diri anda yang anda telah bangunkan perlahan-lahan.







1 comment: